Saturday 14 February 2015

Dengar cakap orang memang baik, tapi baik untuk orang lain bukannya untuk diri sendiri... kadang-kadang hidup ni perlu banyak mengalah dan bersabar untuk terus hidup. Dengan sikap orang yang selalu ingin menang, dan merendahkan kebolehan diri orang lain..

Monday 9 February 2015

Hadirnya dirimu

Kau hadir memberi ku sinar cahaya...
Mengubati luka semalam...
Kau sering hadir disaat aku memerlukan seseorang disisi....
Hadirmu memberi ku semangat baru untuk aku teruskan hidup.....

Kini kau umpama seseorang insan yang terlalu istimewa bagiku....
Ku ingin sentiasa berada di sampingmu dikala kau susah dan senang...
Ku harap dirimu dapat memahami....
Apa yang ku impikan selama ini.....

Aku tidak mendambakan harta kekayaan.....
Aku cuma menginginkan secebis kasih sayang yang tulus ikhlas darimu.....
Ku harap kau jujur dengan semua yang telah dijanjikan.....

Ku amat menyayangi dirimu..

Cinta

Cinta.....
Ia hadir tanpa disedari.....
Meresap ke dalam jiwa dan sanubari.....
Cinta...
Sering memerlukan pengorbanan antara satu sama lain.....
Perlu memahami sesama sendiri...
Juga saling menghormati.....

Memang cinta hadir tanpa dipinta...
Kita tidak boleh menidakkan takdir illahi...
Jika jodoh antara kita tidak berpanjangan...
Aku faham dan cuba mengerti
Bahawa antara kita memang tidak akan dapat bersama...